Monday, December 8, 2008

Sekretriat Malaysia Prihatin

LATAR BELAKANG



Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2008, sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang berfungsi untuk membantu melancarkan program-program yang sedia ada oleh kementerian-kementerian yang terlibat. Penubuhan SMP adalah tunas idea YABhg. Datin Seri Jeanne Abdullah, yang tercetus di atas keprihatinan beliau terhadap masalah sosioekonomi dan sosial di kalangan masyarakat di Malaysia.

Harapan SMP adalah untuk mempertingkatkan lagi taraf kehidupan rakyat Malaysia dan mengurangkan tahap kemiskinan yang sedia ada ke tahap yang paling rendah, disamping menggalakkan cara hidup yang sihat, menambah peluang pekerjaan dan pendidikan serta memupuk perasaan prihatin terhadap alam sekitar.


MATLAMAT
Membantu melancarkan program-program agensi kerajaan dalam merapatkan jurang perbezaan sosioekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar tanpa mengira bangsa, agama serta fahaman politik seseorang.



OBJEKTIF
· Menyemai budaya masyarakat prihatin dan semangat sukarelawan dikalangan masyarakat Malaysia.
· Membina masyarakat Malaysia yang hidup alam aman, makmur, bahagia dan sejahtera.
· Meningkatkan taraf kehidupan dan mengalakkan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat Malaysia.
· Mewujudkan peluang pekerjaan dan menghapuskan kemiskinan di kawasan luar dan dalam bandar.
· Mewujudkan peluang pendidikan dan latihan kepada remaja berpencapaian akademik rendah, ibu tinggal dan kanakkanak pra-sekolah.
· Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap alam sekitar.